Friday, 22 June 2012

Bunga Pakma (Rafflesia)..



Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga pakma spesies Rafflesia Arnoldii merupakan yang terbesar  di dunia dengan saiz 91cm, 1.9cm tebal dengan berat 7kg. Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka berdua. Bunga pakma telah dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.




Spesies Rafflesia
    • Arnoldii
    • Cantleyi
    • Gadutensis
    • Hasseltii
    • Keithii
    • Kerrii
    • Manillana
    • Micropylora 
    • Pakma
    • Pricei 
    • Rochussenii
    • Schadenbergianna
    • Speciosa
    • Tengku-adlinii
    • Tuan-mudae


Ciri Rafflesia

Rafflesia ialah tumbuhan yang pelik. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan bunga ini agak berat. Tidak seperti tumbuhan yang lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen. 
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap ait dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu menghasilkan nutrisinya sendri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.




No comments:

Post a Comment